Wednesday 22 June 2011

KISAH "DIMANA KITA KETIKA INI"


Si suami diminta oleh isterinya pergi ke kedai untuk membeli susu anak yang telah kehabisan. Si anak yang kelaparan hanya mampu menangis. Si ayah dengan tergesa – gesa mencapai kunci yang berada di atas meja lalu memandu kereka dengan laju untuk sampai ke kedai dengan cepat.

Sampai ke kedai untuk membeli susu . si ayah mendengar suara memanggilnya 

“Mat kenapa terburu – buru nie”

Si ayah memandang ke kiri dah melihat kawan nya yang bernama Hussin

“Aku nak beli susu anak aku ni Hussin! Susu di rumah telah habis dan anak aku mahukan susu, itu sebab aku mahu cepat ni.”  

Belum sempat si ayah melangkan ke dalam kedai

“Ala marilah sini kejap, kita perkena kopi dulu” hussin mempelawa si ayah

Si ayah jadi serba salah

“Ala tak kan larinya susu kau cari tu”

Si ayah yang melihat tangan hussin mengerakkan buah dam 

Hussin menjerit “ nah buah aku ni telah aji”


Si ayah yang memang suka bermain dam pergi kepada hussin yang tengah kusyuk bermain dam

Si ayah mencapai kerusi dan duduk , selama setengan jam melihat hussin bermain.

“aku menang” hussin menjerit.

Si ayah tersenyum

Hussin mencabar si ayah bermain dengannya

Cabaran itu diterima oleh si ayah

Si ayah bermain hingga terleka dan lupa tentang perkara yang perlu dilakukan.

Si ayah bermain dam hingga ke petang

Jam menunjukkan pukul 3 petang

Telefon si ayah berbunyi 
“Abang kat mana ni?”

“ Adik muntah darah, abang capat balik”

Si ayah terkejut dan baru teringat yang interinya memintanya membeli susu untuk anaknya.

Si ayah tidak menghiraukan dam yang dalam permainan

Si ayah pergi ke kedai di sebelah untuk membeli susu

Kereta yang dipandu bergitu laju untuk sampai ke  rumah

Dalam perjalanan fikiran si ayah memikirkan anaknya
“kenapa aku leka disana”

Sampainya si ayah di rumah dan membuka pintu rumah 

Si ayah terkejut melihat si ibu menagis tetapi anaknya tidak menagis

“Adik dah tiada” itulah ungkapkan si ibu kepada si ayah

Susu yang di bawa oleh si ayah dilepaskan dan bertaburan di lantai

Si ayah menagis menuju kearah anaknya melihat anak yang kebiruan dan baju yang dipakai oleh anaknya penuh dengan darah.

Si ayah memuluk erat anaknya dan berkata
“maafkan ayah , maafkan ayah”

“Kalau ayah tidak leka disana mungkin perkara ini tidak terjadi”
Si ayah menagisinya.

Pengajaran
Dalam kehidupan ini ada tujuannya. Tujuan kita adalah untuk kesana yang tidak akan menyedihkan kita. Jika perjalanan ini kita leka atau lalai kita akan rugi. Rugi disana lebih teruk daripada rugi di sini. Kita tidak boleh berpatah balik selepas kita disana nanti. Selagi kita mempunyai masa untuk ke sana marilah kita fikirkan apa tujuan hidup ini?. Penyesalan tiada gunanya lagi jika kita telah sampai di sana.

3 comments:

  1. entry sarat dengan pengajaran...
    jelas dengan tujuan hidup....:)

    ReplyDelete
  2. sangat bermakna....
    Maksud hidup untuk agama,
    Allah pelihara agar tidak leka....

    ReplyDelete

tulisanhati