tulisanhati

Saturday, 23 April 2011

JAWAPAN UNTUK PERSOALAN KEHIDUPAN

Dalam kita menempuh kehidupan yang sementara ini, perbagai rintangan  dan dugaan yang telah kita lalui. Sama ada yang manis atau pahit, yang mengembirakan atau yang menyedihkan dan sebagainya lagi

Dalam kehidupan yang penuh dengan persoalan ini adakalanya menguji kekuatan keteguhan iman seseorang, sama ada dalam cubaan atau rintangan ini kita mampu atau tidak menempuhinya itu adalah persoalanya.

Ada diantara kita yang mampu menempuhi pancaroba ujian dan cubaan dalam perjalan kehidupan ini. Itu adalah jawapan kepada soalan yang dimana jawapan tersebut akan mengembirakan kita, dan ada diantara kita yang kecundang dengan ujian atau cubaan yang diberikan dalam kehidupan ini. Dimana jawapan yang kita dapat untuk soalan perjalanan itu akan menyedihkan kita.

Adakalanya pula kegembiraan yang kita perolehi untuk soalan dalam perjalan ini adalah untuk kesedihan orang lain merasakannya dan  adakalanya kesedihan yang kita dapat dalam perjalan ini adalah untuk kegembiraan orang lain merasakannya.

Disini kita keta perlu memikirkan satu jawapan yang tidak akan mengecawakan diri kita dan diri orang lain. Satu jawapan yang sukar untuk kita putuskan dalam perjalanan kehidupan ini.

Walau apa jawapan yang kita berikan dalam kehidupan ini perlulah jawapan itu berlandaskan suara keimanan  yang akan memutuskan jawapan itu. Dan semoga dengan jawapan yang diberikan tidak akan mengecewakan seorang individu pun, tidak kira diri sendiri atau diri orang lain

2 comments:

  1. Nice sentences:

    Dalam kehidupan yang penuh dengan persoalan ini adakalanya menguji kekuatan keteguhan iman seseorang, sama ada dalam cubaan atau rintangan ini kita mampu tau tidak menempuhinya itu adalah persoalanya

    ReplyDelete